YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Binti Abdul Haji Abdul Rahman selaku Penaung Kempen Tabung Pahlawan menyematkan Pin V

Kuala Lumpur, 23 Julai 2020

YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Binti Abdul Haji Abdul Rahman selaku Penaung Kempen Tabung Pahlawan menyematkan Pin V – Kempen Tabung Pahlawan di dada kiri YAB Perdana Menteri. Pemakaian Pin V oleh YAB Perdana Menteri pada hari ini telah menzahirkan tanda pengiktirafan Negara terhadap Veteran ATM dan jasa pengorbanan mereka sentiasa disanjungi.

Disamping itu, penghargaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dan Isteri ini sudah pasti menjadi pemangkin bagi meningkatkan semangat patriotisme dikalangan masyarakat Malaysia, khasnya generasi muda pada hari ini.

Teruskan menyokong dan teruskan menyumbang kepada Kempen Tabung Pahlawan 2020 kerana ianya merupakan satu “ Penghormatan di atas Pengorbanan “. JHEV ATM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Binti Abdul Haji Abdul Rahman selaku Penaung Kempen Tabung Pahlawan di atas kesudian meneruskan kesinambungan pengiktirafan jasa-jasa dan pengorbanan warga Veteran ATM.

Syabas YAB Perdana Menteri dan Isteri.

Kredit – Facebook JHEV ATM (https://www.facebook.com/JHEVATM/)