Taklimat pengenalan berkenaan Kempen Tabung Pahlawan (KTP 2020) kepada Penaung Kempen Tabung Pahlawan yang baharu

Taklimat pengenalan berkenaan Kempen Tabung Pahlawan (KTP 2020) kepada Penaung Kempen Tabung Pahlawan yang baharu iaitu YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Binti Haji Abdul Rahman, isteri YAB Perdana Menteri.

Taklimat telah disampaikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob selaku Pengerusi Kempen Tabung Pahlawan turut disertai oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad.

Kempen Tabung Pahlawan bertujuan untuk mengumpul dana bagi memberi bantuan kepada veteran-veteran ATM dan keluarga mereka yang memerlukan dan juga bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk menghargai dan mengiktiraf pengorbanan para Veteran ATM untuk kemakmuran negara yang kita kecapi kini.

Kredit – Facebook JHEV ATM (https://www.facebook.com/JHEVATM/)