Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kempen Tabung Pahlawan (KTP) Bil 1/2020

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2020 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kempen Tabung Pahlawan (KTP) Bil 1/2020 yang telah membentangkan mengenai pelaksanaan kempen yang telah dirancang pada tahun ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad dan wakil-wakil daripada Kementerian yang terlibat.